Thursday, October 3, 2013

Tips Membesarkan Kolam Rezeki


MENCARI KEDAMAIAN HATI
=========================

>>Tips  Membesarkan Kolam Rezeki <<


"Seorang lelaki yang telah belayar jauh yang kelihatan rambutnya kusut, berdebu (tidak tenteram) dan pada masa yang sama berdoa kepada Allah sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah dari sumber yang haram, maka jauh sekali doanya akan dimakbulkan"
(Riwayat: Muslim).

Dalil di atas menekankan kepentingan mencari makanan dan minuman yang halal. Seperti yang kita tahu, makanan membentuk batang tubuh manusia. Membentuk juga akal dan jiwa. Mempengaruhi akhlak seterusnya amal ibadah kita.  

Bak kata salah seorang mentor saya, #Prof Dr Muhaya: 

"Setiap hari kita wajib jaga akidah, ibadah dan akhlak kita"

Sesiapa yang memegang AIA ini akan lebih yakin dengan kehidupan kerana memperoleh ketenangan dan kedamaian. Menjadi insan bahagia dan membahagiakan. Bila bahagia, kita akan berjaya. 

Dan apa yang lebih menarik, ianya memang berkait rapat dengan REZEKI.  Kolam rezeki menjadi besar dan mengalir tanpa sekatan. Banyak rezeki masuk dan banyak juga memberi keluar. Seronokkan bukan?

Dan bayangkan sekiranya hidup kita tiada ketenangan dan kedamaian? Sentiasa berada dalam keadaan cemas, gelisah dan hidup sentiasa tertekan. 

Bilamana kita berdoa dan doa tersebut tidak dimakbulkan. Sedangkan doa itulah menjadi senjata bagi seorang Muslim. ALLAHUAKBAR!

Fikir- fikirkanlah 

Peringatan untuk diri sendiri: 

Jom sama- sama kita audit apa yang kita makan selama ini.

Wallahu a'lam


Salam Sayang, Azura Hashim 


No comments: