Tuesday, October 1, 2013

MENCARI KEDAMAIAN HATI (TIPS 1)


MENCARI KEDAMAIAN HATI


TIPS 1

Selama kita di Malaysia, memang tidak menghadapi masalah untuk mencari pemakanan halal. Ini menyebabkan kita menjadi malas dan tidak minat untuk menyediakan juadah untuk keluarga sendiri. Saya tidak terkecuali. Sangat mudah untuk membeli dan kadang kala kosnya adalah lebih jauh murah membeli daripada kita yang menyediakannya.

Tetapi situasi ini sangat berbeza dengan umat Islam di negara- negara bukan Islam contohnya di UK dan Australia. Ini menjadikan mereka lebih berdikari dalam menyediakan juadah mereka seperti kek  dan pelbagai jenis makanan lain. Ramai sahabat- sahabat saya yang balik dari luar negara menjadi sangat hebat didalam bidang masakan. Kelebihan kepada mereka.

Akan tetapi, kita di Malaysia juga harus sedar bahawa lebih 70% daripada pengusaha/ pengeluar makanan disini adalah bukan berugama Islam. Terdapat banyak sangat kes- kes, malahan lebih ratusan jumlahnya  yang berkisar tentang salah laku pengeluar makanan. Contoh seperti ayam tidak disembelih secara halal, campuran daging khinzir dan sebagainya. Saya sendiri menyimpan koleksi tersebut yang keluar di media internet/ massa.

Namun, haruskah kita menuding jari kepada mereka (pengeluar/ pengusaha makanan)? Saya teringat kata- kata Prof Muhaya di satu sessi grooming bersama beliau mengenai pemakaian muslimah.

“Jangan jadikan orang yang bukan AHLINYA menbuat dan mendesignkan apa yang kita pakai. ”

Faham ke faham?

Sesuatu untuk kita berfikir sejenak. 

Salam sayang, Azura Hashim




No comments: