Wednesday, October 2, 2013

ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN

MENCARI KEDAMAIAN HATI
======================

>>ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN<<


Menurut kajian thesis saya, orang Islam di Malaysia sangat sensitif tentang makanan halal. Fenomena tersebut adalah sangat bagus kerana kita sememangnya dituntut untuk mencari yang halal.

Dan apa yang menariknya, pemakanan Halal mempunyai kesan langsung pada Ibadah kita. Sebagaimana ayat yang terkandung di dalam kita suci Al- Quran:

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (Al- Mu’minuun 23:51).

Ungkapan "anda adalah apa yang anda makan" memegang sejumlah besar kebenaran dalam Islam. Apa yang kita makan menjadi darah dan daging kita.  RASULULLAH (SAW) adalah sangat menjaga pemakanan BAGINDA. Sebagai seorang Muslim, pada asasnya bertanggungjawab untuk memastikan gaya hidup dan pemakanan kita mengikuti jejak langkah RASULULLAH (SAW).

Sebaliknya, apa akan jadi pada kita jika pencarian makanan halal itu tidak dititik beratkan?

Ada sahabat saya dari Yaman pernah berkata, umat Islam kini tidak ubah seperti buah strawberi yang nampak cantik tapi bila pegang sangat senang untuk dihancurkan. Dan puncanya adalah kerana pemakanan.

Cuba kenang apa yang masuk perut kita selama ini.

Fikir- fikirkan.

Peringatan kepada diri sendiri: tepuk dada tanya iman vs tepuk dada tanya nafsu

Wallahualam.  

Salam sayang, Azura Hashim


“Tell me what you eat, and I will tell you what you are”
(Savarin, 1825)




No comments: