Showing posts with label handwriting analysis. Show all posts
Showing posts with label handwriting analysis. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Allah maha mengetahui apa yang terbaik kepada hambanya.

Bismillah ... SAW

Allah maha mengetahui apa yang terbaik kepada hambanya. 

Alhamdullilah.. Direzekikan Allah, dua tahun kebelakangan ni banyak majlis ilmu yang saya dapat hadiri. Banyak ilmu Allah dapat dipelajari. Banyak kawan dapat kenal. Banyaklah juga perubahan dalam kehidupan ini yang Allah kurniakan. Terima kasih Allah kerana melorongkan saya dapat menimba ilmu dengan guru- guru yang hebat. Syukur.

Dalam pada itu, ada juga majlis ilmu yang saya ingiiiin sangat nak pergi. Siap tulis dalam wishlist. Namun, belum direzekikan ALLAH untuk saya hadiri. Ada sahaja halangan.

Mula- mula dulu, saya rasa sangat ralat. Sampai ke tahap, tak nak buka facebook sebab saya tak nak lihat feedback atau gambar- gambar dalam kelas tu.

Astaghfirullah.. saya lupa.. Sebaik- baik perancang adalah Allah. 

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi! 

In Shaa Allah, akan ada rezeki untuk saya ke majlis- majlis ilmu tersebut pada ketika yang terbaik. Terima kasih ALLAH

Wallahu'alam.


Wasalam dan Salam mahabbah

Azura Hashim




Sunday, October 12, 2014

MASUK METRO AHAD!

Bismillah.. SAW

Allahuakbar.. Tetiba dapat mesej pagi ni. Harian Metro hari ini.

Terima kasih Allah

Bermula pada awal tahun 2013 bila saya mula join seminar beliau. Pandangan hidup saya mula berubah.

Terima kasih Dr Azizan atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami semua. Saya doakan moga Allah sentiasa pelihara guru- guru saya dan tempatkan mereka di syurga yang tertinggi.

Aamiin..


Friday, October 10, 2014

NAK KAYA DAN BAHAGIA?

ADAKAH ANDA MENULIS SEPERTI ANDA KAYA DAN BAHAGIA?

Dengan hanya kurang dari 5 Minit, boleh kuasai dan bongkar pelbagai perkara. Antaranya adalah:

- Kekuatan & Kelemahan Anda
- Faktor Penghalang Kejayaan Anda
- Permasalahan Kewangan Anda
- Tahap Kejujuran Seseorang
- Mengenal Personaliti Seseorang

“KE ARAH TRANSFORMASI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK”

**********************************************************************
SEMINAR KUASAI PERIBADI DAN POTENSI DIRI MELALUI TULISAN TANGAN
**********************************************************************
Tarikh : 18 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa: 9.30am - 04.30pm
Lokasi: Presint Alami, Seksyen13, Shah Alam

Tempat adalah terhad. Hanya kepada 30 orang yang terawal. 

HUBUNGI 016 7777889. 




KUASAI POTENSI DAN PERIBADI MELALUI TULISAN TANGAN

Bismilllah .. SAW

Alhamdullilah.. Banyak sangat komen positif dan feedback mengenai kelas "MEMANG RARE- Rahsia Tulisan Tangan". In Shaa Allah. Seminar Rahsia Tulisan Tangan ‪#‎batch4‬ akan diadakan seperti berikut:
****************************************
KUASAI POTENSI DAN PERIBADI MELALUI TULISAN TANGAN
****************************************
Tarikh : 18 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa: 9.30am - 04.30pm
Lokasi: Presint Alami, Seksyen13, Shah Alam.
(Lunch dan minuman ringan disediakan).

Ada juga yang tanya tarikh dan lokasi yang lain selain di atas. Maaf sangat. Buat masa ni hanya tarikh tersebut saja yang boleh saya berikan. Itu pun sebab ada yang dah bayar in advance untuk lock harga dan tempat. Buat masa ni saya agak sibuk dan terikat dengan satu komitment yang agak besar.

Jadi siapa- siapa yang minat nak menguasai potensi dan peribadi hanya melalui tulisan tangan, boleh book seat asap. PM saya sekarang.

Tempat adalah terhad. Hanya kepada 30 orang yang terawal ye! Terima kasih