Monday, October 27, 2014

Allah maha mengetahui apa yang terbaik kepada hambanya.

Bismillah ... SAW

Allah maha mengetahui apa yang terbaik kepada hambanya. 

Alhamdullilah.. Direzekikan Allah, dua tahun kebelakangan ni banyak majlis ilmu yang saya dapat hadiri. Banyak ilmu Allah dapat dipelajari. Banyak kawan dapat kenal. Banyaklah juga perubahan dalam kehidupan ini yang Allah kurniakan. Terima kasih Allah kerana melorongkan saya dapat menimba ilmu dengan guru- guru yang hebat. Syukur.

Dalam pada itu, ada juga majlis ilmu yang saya ingiiiin sangat nak pergi. Siap tulis dalam wishlist. Namun, belum direzekikan ALLAH untuk saya hadiri. Ada sahaja halangan.

Mula- mula dulu, saya rasa sangat ralat. Sampai ke tahap, tak nak buka facebook sebab saya tak nak lihat feedback atau gambar- gambar dalam kelas tu.

Astaghfirullah.. saya lupa.. Sebaik- baik perancang adalah Allah. 

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi! 

In Shaa Allah, akan ada rezeki untuk saya ke majlis- majlis ilmu tersebut pada ketika yang terbaik. Terima kasih ALLAH

Wallahu'alam.


Wasalam dan Salam mahabbah

Azura Hashim




No comments: