Wednesday, October 2, 2013

ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN

MENCARI KEDAMAIAN HATI
======================

>>ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN<<


Menurut kajian thesis saya, orang Islam di Malaysia sangat sensitif tentang makanan halal. Fenomena tersebut adalah sangat bagus kerana kita sememangnya dituntut untuk mencari yang halal.

Dan apa yang menariknya, pemakanan Halal mempunyai kesan langsung pada Ibadah kita. Sebagaimana ayat yang terkandung di dalam kita suci Al- Quran:

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (Al- Mu’minuun 23:51).

Ungkapan "anda adalah apa yang anda makan" memegang sejumlah besar kebenaran dalam Islam. Apa yang kita makan menjadi darah dan daging kita.  RASULULLAH (SAW) adalah sangat menjaga pemakanan BAGINDA. Sebagai seorang Muslim, pada asasnya bertanggungjawab untuk memastikan gaya hidup dan pemakanan kita mengikuti jejak langkah RASULULLAH (SAW).

Sebaliknya, apa akan jadi pada kita jika pencarian makanan halal itu tidak dititik beratkan?

Ada sahabat saya dari Yaman pernah berkata, umat Islam kini tidak ubah seperti buah strawberi yang nampak cantik tapi bila pegang sangat senang untuk dihancurkan. Dan puncanya adalah kerana pemakanan.

Cuba kenang apa yang masuk perut kita selama ini.

Fikir- fikirkan.

Peringatan kepada diri sendiri: tepuk dada tanya iman vs tepuk dada tanya nafsu

Wallahualam.  

Salam sayang, Azura Hashim


“Tell me what you eat, and I will tell you what you are”
(Savarin, 1825)




Tuesday, October 1, 2013

MENCARI KEDAMAIAN HATI (TIPS 1)


MENCARI KEDAMAIAN HATI


TIPS 1

Selama kita di Malaysia, memang tidak menghadapi masalah untuk mencari pemakanan halal. Ini menyebabkan kita menjadi malas dan tidak minat untuk menyediakan juadah untuk keluarga sendiri. Saya tidak terkecuali. Sangat mudah untuk membeli dan kadang kala kosnya adalah lebih jauh murah membeli daripada kita yang menyediakannya.

Tetapi situasi ini sangat berbeza dengan umat Islam di negara- negara bukan Islam contohnya di UK dan Australia. Ini menjadikan mereka lebih berdikari dalam menyediakan juadah mereka seperti kek  dan pelbagai jenis makanan lain. Ramai sahabat- sahabat saya yang balik dari luar negara menjadi sangat hebat didalam bidang masakan. Kelebihan kepada mereka.

Akan tetapi, kita di Malaysia juga harus sedar bahawa lebih 70% daripada pengusaha/ pengeluar makanan disini adalah bukan berugama Islam. Terdapat banyak sangat kes- kes, malahan lebih ratusan jumlahnya  yang berkisar tentang salah laku pengeluar makanan. Contoh seperti ayam tidak disembelih secara halal, campuran daging khinzir dan sebagainya. Saya sendiri menyimpan koleksi tersebut yang keluar di media internet/ massa.

Namun, haruskah kita menuding jari kepada mereka (pengeluar/ pengusaha makanan)? Saya teringat kata- kata Prof Muhaya di satu sessi grooming bersama beliau mengenai pemakaian muslimah.

“Jangan jadikan orang yang bukan AHLINYA menbuat dan mendesignkan apa yang kita pakai. ”

Faham ke faham?

Sesuatu untuk kita berfikir sejenak. 

Salam sayang, Azura Hashim




Monday, September 30, 2013

3 Hari Yang Amazing!!


>>3 HARI yang AMAZING!<<

Alhamdullilah dan syukur kerana sudah selesai program Intensif Jutawan Industri selama 3 hari yang AMAZING di PWTC. Setiap saat penuh sesak terlalu banyak ilmu yang di curah dan dikongsikan oleh Mentor saya. Setiap butir yang keluar di mulut beliau umpama permata dan berlian yang harus disambut dengan cermat dan digilap oleh kami semua. Banyak sangat mengubah persepsi dan matlamat hidup saya.

Dan pagi ini, sedang saya bertafakur usai menunaikan solat dhuha. Hati saya tersentap. Sentap yang amat sangat kerana tiba tiba saya terfikir yang selama ini saya membuat kajian tentang gelagat konsumer tentang pemakanan halal, tetapi tidak langsung berkongsi ilmu tersebut dengan yang lain.

Rasulullah SAW bersabda:

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)

Astaghfirullah…

MULAI DARI HARI INI, saya akan cuba untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya mengenai pemakanan halal kepada yang memerlukan.

Ya Allah, bimbing dan berilah ketabahan kepada kami semua untuk terus memberikan manfaat dan menambah nilai kepada yang lain.

Terima kasih berjuta saya ucapkan kepada #Dr. Azizan Osman 

bersama Najwa (Manager Kaki Printing)

Bersama Mejar Qayyum. Nak amik aura tulis buku laju2

Bersama founder Anis Food. Kak Anis yang sangat manis dan cantik lagi baik hati. 

Bersama  Founder & Managing Director at Ayur-V Ayurvedic Hair & Beauty Care


Doc suruh amik gambar sendiri

Bersama Kak Zuraida. Setiap kali program Doc mesti jumpa. Dari AFP, AMP, IMKK. 

My soulmate ngan Founder and CEO Kaki Printing. Abdul Basit. 

Amik aura ngan abang Zack founder of EMCC

Buku untuk recall knowledge IMKK

My new kamcing friend, Nea. CEO of Qistina Curtain House. 



Dengan Ayu yang sangat come. Director of ATcupcake. 

My new MMG- Me, Nea, Ayu, Leza and Siti. 




Siapakah Yang Terbaek atau Yang Maha Terbaek?

Siapakah Yang Terbaek atau Yang Maha Terbaek?

Ramai orang bercakap bercakap mengenai "Bagaimana menjadi manusia yang Pakar dan Mamusia yang baik?"

Kita harus bertanya kepada diri kita, Siapakah yang Paling Pakar dan Maha Pakar atau Maha Baik ?
Pasti kita akan berkata Allah kera dia yang Maha Kaya, Maha Hebat, Maha Pengasih, Maha Perkasa, Maha Pemurah dan Maha segala-galanya.

Ramai yang selalu mengeluh dan susah hati disebabkan kekurang DUIT, pening kepala dengan masa depan, risau disebabkan penyakit ....... Persoalannya, Siapakah yang mampu menyelesaiakan masalah-masalah ini?

Dan sebenarnya kita selalu terlupa, bahawa kita mempunyai Allah yang terlalu hampir dengan  kita. Dia yang Maha Mengetahui segala yang terbuku pada fikiran dan terpendam dalam hati kita. Dia Maha Hebat dan Maha Mengetahui semua jalan keluar dari masalah-masalah ini ......

Persoalanya ....??

Berapa kerapa kita mencari Alah dan berapa kerap kita berkomunikasi dengan Allah ...?

Pesan Guru saya..

Jangan hanya mencari Allah bila kita dah tersepit, dan lupa segala rezeki Allah semasa kita di puncak jaya.

Credited to #http://firdausmahmod.blogspot.com/