Wednesday, November 13, 2013

11 STRATEGI MENJEMPUT REZEKI

Bismillah...

APA ITU REZEKI? 

==========

Rezeki adalah apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita dari segi material atau bukan material. Ini adalah termasuklah duit, makanan, kereta, rumah, kesihatan yang baik, keupayaan bekerja, idea, ilmu, taufik dan hidayah dan sebagainya. Semua ini membantu kita untuk membina dan memburu impian hidup yang lebih baik.

=> 11 STRATEGI MENJEMPUT REZEKI:

1. Jaga ALLAH, ALLAH akan menjaga kita- Contohnya solat awal waktu.
2. Amalan Solat dhuha.
3. Sentiasa berzikir.
4. Berbanyakkan baca Asmaul Husna
5. Solat malam (contoh: Solat Tahajud, solat Hajat dan solat Witir)
6. Banyakkan bersedekah
7. Sentiasa bersyukur, sentiasa berlapang dada tentang rezeki
8. Banyakkan beristighfar
9. Berbaik kepada ibu bapa.
10. Banyakkan berdoa juga mendoakan orang lain.
11. Berusaha dengan tekun

In Shaa ALLAH, jika buat apa yang ALLAH suka, rezeki akan datang dari setiap penjuru.

 Petikan dari buku bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki, karya Fathuri Salehuddin (2012)







**Untuk penjelasan lebih lanjut, saye pernah tulis di post terdahulu. Sila klik ke post yang ini MMR.

Salam Mabahhah
#azurahashim 

Monday, November 11, 2013

7 TIPS UNTUK PENGURUSAN AKHIRAT

Bismillah 

Sebentar tadi mendengar pengisian oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah diIkim.Fm.



1. Selesaikan Rukun IMAN


2. Selesaikan RUKUN ISLAM- untuk bahagian Haji, sekurang- kurangnya sudah membuat pendaftaran.


3. Sentiasa berTAUBAT

4. Tinggalkan yang HARAM

5. Mendapat solat yang KHUSUK

6. Sudah menulis HUTANG

7. Buat AMALAN yang kekal (sebarkan ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, anak yang soleh)

Salam Mahabbah
#azurahashim

Friday, November 1, 2013

AMALAN MENJEMPUT REZEKI



AMALAN MENJEMPUT REZEKI
===========================

 1.  Membaca Al- Quran amalan mengundang rezeki. Contohnya:
  • : Surah Al- Waqiah: Setiap selepas solat Subuh dan Asar
  • : Surah Ar- Rahman: Setiap selepas solat Dhuha
  • : Surah Yaasin: Setiap selepas Isya’
  • : Surah Al- Mulk: Sebelum tidur    
2. Menyebut nama- nama Allah. Contohnya:
  • : Ya Fattah (11 kali setiap selepas waktu solat fardhu) *
  • : Ya Rozzaq (11 kali setiap selepas waktu solat fardhu) *


3. Berselawat (satu hari sekurang- kurangnya 100 kali) *
4. Solat malam (solat tahajud dan witir – 11 rakaat)
5. Solat fardhu tetap dan tepat masa.
6. Solat Dhuha (4 rakaat)
7. Solat sunat (sebelum dan selepas waktu)
8. Bersedekah
9. Bangun subuh

Tambahan untuk lelaki:
= Solat berjemaah di masjid. Doa di dalam masjid iaitu rumah Allah adalah sangat mustajab.

Konsep rezeki adalah sangat luas. Bukar sekadar duit, tetapi juga kesihatan yang baik, iman, kebahagian rumah tangga, boleh bangun pagi, bangun solat malam, keturunan yang baik dan sebagainya.

* Angka untuk berzikir adalah bebas dan tidak terikat supaya tidak menjadi bida’ah. Yang penting adalah mujahadah. 

Credit to: Yusuf Mansur (Wisata Hati, 20.5.13)

Salam mahabbah, 
Azura Hashim 

Monday, October 7, 2013

Dosa Fitnah


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Social media adalah satu medium yang sangat hebat masa kini. Terlalu banyak kelebihannya kepada kita semua. Namun, kita harus juga berwaspada supaya medium yang hebat itu tidak menlorongkan kita di neraka jahannam. 
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai dosa fitnah. Ini kerana, terlalu mudah untuk kita klik "like" dan "share" sebarang bentuk cerita tanpa mengetahui tentang kesahihan dan kebatilan disebaliknya. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya. Ini termasuklah fitnah- memfitnah. 

DOSA FITNAH
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.
Fitnah disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan orang lain. Ia juga menyebabkan nilai agama musnah daripada menjadi pegangan hidup dalam masyarakat. Apabila nilai agama yang menjadi tunjang kesempurnaan hidup hilang, maka banyak dosa dilakukan.

Perkara itu diingatkan dengan tegas oleh Rasulullah dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa”. – (Hadis riwayat Muslim).

Fitnah adalah sebahagian daripada perbuatan mengadu-domba. Apabila disebarkan, ia mudah menyebabkan permusuhan dua pihak. Permusuhan menjadi semakin tegang dan tidak terkawal apabila banyak fitnah ditabur.
Ia juga tidak mempunyai asas kebenaran. Islam mengarahkan manusia supaya memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dalam berita berunsur fitnah. Justeru, wajib bagi orang Muslim menghalusi setiap berita yang diterima sebelum mempercayainya. Kesahihan berita dapat dilakukan dengan melihat kepada fakta dan sumber berita.
Jika perlu, gunakan masa lebih lama sebelum membuat keputusan. Lebih lama berfikir adalah lebih baik supaya tidak menanggung kesan buruk. Allah memberi hidayah kepada manusia untuk berfikir dengan hati terbuka dan mengharapkan petunjuk-Nya.
Sekiranya berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, jangan kita membicara atau menyebarkannya. Rasulullah bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. – (Hadis riwayat Muslim).
Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penting bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan berita palsu berunsur fitnah. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.
Dalam era teknologi maklumat, penyebaran fitnah mudah dilakukan melalui alat komunikasi tanpa perlu berdepan dengan orang lain, malah identiti penyebar juga dirahsiakan.
Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon keampunan daripada orang lain.
Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).
Iman Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsia yang tidak mahu diketahui orang lain adalah perbuatan adu-domba dan fitnah.
Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”. – (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Sesiapa yang menyebarkan berita berbentuk cacian dan kejian, kecelakaan besar bakal diterima sebagai balasan. Allah berfirman: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” – (Surah al-Humazah, ayat pertama).
Hanya orang yang berpekerti buruk melahirkan perkataan buruk. Orang cerdik tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk yang secara langsung melambangkan keburukan diri sendiri.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu apa itu mengumpat?” “Tidak,” jawab sahabat. Balas Baginda, “Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?” Jawab Rasulullah SAW, “Itulah maksudnya mengumpat.” Nabi berkata lagi, “Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan (fitnah).” (Hadis Riwayat Tirmizi)
“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].
Wahai kaum msulimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, yaitu berhusnuhan (berperasangka baik) kepada dirimu. Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan. Dan engkau katakan,
“Maha Suci Engkau (Allah) , ini merupakan kedustaan yang besar”. [An Nur : 16].
Inilah yang dilakukan oleh sebagian shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika sampai berita kepada mereka tentang Ummul Mukminin.
Diceritakan dari Abu Ayyub, bahwa istrinya berkata,”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab,”Ya. Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab,”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata,”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.”
Kemudian Allah berfirman.
“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].
Inilah langkah yang kedua, jika ada berita tentang saudaranya. Langkah pertama, mencari dalil yang bersifat batin, maksudnya berhusnuzhan kepada saudaranya.
Langkah kedua mencari bukti nyata.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].
Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta. Dan cegahlah masyarakat agar tidak menyampaikan berita bohong yang tidak ada dasarnya sama sekali. Dengan demikian, berita itu akan mati dan terkubur di dalam dada pembawanya ketika kehilangan orang-orang yang mau mengambil dan menerimanya.
Siapakah yang akan terlibat dengan dosa besar fitnah?
1. Individu yang mula-mula mencipta dan merancangan berita fitnah itu dengan diubah suai gambar-gambar palsu (superimpose) dan dimuatkan dalam internet (facebook, blog atau you-tube)
2. Semua akhbar yang memuatkan dalam akhbar mereka tanpa usul periksa di petik daripada laman sosial dan membenarkan berita-berita atau gambar-gambar berupa fitnah tersebut.
3. Sesiapa sahaja yang ‘share’ dan ‘like’ dan mempercayai dan menyebarkan pula berita fitnah tersebut kepada rakan-rakan mereka dalam facebook atau blog.
4. Semua saluran televison yang menyiarkan berita fitnah dan membesar-besarkannya seolah-olah perkara tersebut benar-benar berlaku tanpa membawa saksi dan bahan bukti yang sahih.
5. Semua NGO , kelab, persatuan, pemimpin parti politik , pemimpin masyarakat, bekas pemimpin negara, pensyarah, wartawan, penulis blog dan artis yang menyokong dan memberi komen negatif tanpa membawa saksi yang adil terhadap berita fitnah terutama yang melibatkan tuduhan zina atau liwath maka mereka semuanya akan mendapat saham DOSA BESAR . Sia-sia sahaja amal soleh dan amal ibadah mereka di dunia kerana seronok mempromosikan berita fitnah dan tuduhan jahat . Termasuk juga individu yang hebat memperkatakan Islam dan pakar motivasi tetapi tewas dengan hasutan syaitan mudah mempercayai fitnah dan tuduhan zina dan liwath kepada seorang muslim tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Setakat dakwaan tidak cukup untuk disabitkan kesalahan seseorang muslim.
Apakah akibat yang akan mereka terima di dunia dan akhirat jika mereka membuat, menyebarkan, menyokong dan mempercayainya?
Wallahu a'lam dan Wasalam
Salam Mahabbah, Azura Hashim
Credited to: http://masjidtamanpuncakjalil.wordpress.com/2013/04/14/dosa-fitnah/

LOGO HALAL MALAYSIA YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA




Assalamualaikum, 

Hari ni saya nak share tentang logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Jadi bila tuan, puan nak membeli produk makanan, sila pastikan logo halal ni ada di bungkusan makanan tersebut. 




Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:


  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


** Mengenai tentang warna logo, sebarang warna dibolehkan mengikut kesesuaian bungkusan. 


Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik." (Surah Al-'An`am [6:121]). 

Wallahu a'lam 

Salam Mahabbah, Azura Hashim

***Credited to : http://www.halal.gov.my


Thursday, October 3, 2013

Tips Membesarkan Kolam Rezeki


MENCARI KEDAMAIAN HATI
=========================

>>Tips  Membesarkan Kolam Rezeki <<


"Seorang lelaki yang telah belayar jauh yang kelihatan rambutnya kusut, berdebu (tidak tenteram) dan pada masa yang sama berdoa kepada Allah sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah dari sumber yang haram, maka jauh sekali doanya akan dimakbulkan"
(Riwayat: Muslim).

Dalil di atas menekankan kepentingan mencari makanan dan minuman yang halal. Seperti yang kita tahu, makanan membentuk batang tubuh manusia. Membentuk juga akal dan jiwa. Mempengaruhi akhlak seterusnya amal ibadah kita.  

Bak kata salah seorang mentor saya, #Prof Dr Muhaya: 

"Setiap hari kita wajib jaga akidah, ibadah dan akhlak kita"

Sesiapa yang memegang AIA ini akan lebih yakin dengan kehidupan kerana memperoleh ketenangan dan kedamaian. Menjadi insan bahagia dan membahagiakan. Bila bahagia, kita akan berjaya. 

Dan apa yang lebih menarik, ianya memang berkait rapat dengan REZEKI.  Kolam rezeki menjadi besar dan mengalir tanpa sekatan. Banyak rezeki masuk dan banyak juga memberi keluar. Seronokkan bukan?

Dan bayangkan sekiranya hidup kita tiada ketenangan dan kedamaian? Sentiasa berada dalam keadaan cemas, gelisah dan hidup sentiasa tertekan. 

Bilamana kita berdoa dan doa tersebut tidak dimakbulkan. Sedangkan doa itulah menjadi senjata bagi seorang Muslim. ALLAHUAKBAR!

Fikir- fikirkanlah 

Peringatan untuk diri sendiri: 

Jom sama- sama kita audit apa yang kita makan selama ini.

Wallahu a'lam


Salam Sayang, Azura Hashim