Sunday, December 30, 2012

Mudahnya menjemput rezeki by Fathuri Salehuddin (2012)


Assalamualaikum 

Dah berkurun nak summarize buku oleh Fathuri Salehudin, Mudahnya menjemput rezeki. Tapi tak sempat nak menaip satu- satu dan selalunya half way because my baby dah menangis nak susu or etc. Buku yang simple tapi sangat bagus, terutama sekali untuk mengingat yang kita terlupa. Ok, here we goes. 


Mudahnya menjemput rezeki oleh Fathuri Salehuddin (2012)


Apa itu rezeki?

“Rezeki adalah apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita dari segi material atau bukan material”~ ini adalah termasuklah duit, makanan, kereta, rumah, kesihatan yang baik, keupayaan bekerja, idea, ilmu, taufik dan hidayah dan sebagainya. Semua ini membantu kita untuk membina kehidupan yang lebih baik dan dapat memburu impian hidup yang lebih baik.


Antara amalan- amalan yang baik untuk dipraktikkan:

1.     Jaga Allah, Allah akan menjaga kita.

a.     Contohnya solat awal waktu. Antara ayat- ayat Al- Quran yang banyak menyokong statement tersebut.

Al-A’raf
[96] Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

AL-Maidah
{66] Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya

Hadith:
Jagalah hak-hak Allah, maka Allah akan menjaga hak-hak kamu, jagalah Allah seakan-akan Dia wujud di hadapanmu, jika kamu inginkan sesuatu, maka mintalah kepada Allah, jika kamu ingin meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan Allah. Ketahuilah sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan mudarat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah dituliskan oleh Allah ke atas kamu. [Riwayat Tirmidzi].

2.     Amalan Solat dhuha 4 rakaat

Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

3.     Sentiasa berzikir. Contohnya: ayat Lailahaillahah
a.     Setiap lepas solat Subhanallah 10 x, Alhamdullilah 10 x dan Allahuakbar 11x
b.     Sebelum tidur baca Subhanallah 33 x, Alhamdullilah 33 x dan Allahuakbar 33x
4.     Berbanyakkan baca Asmaul Husna, contohnya
a.     **lepas solat Dhuha baca Ya Basith 10 x – rezeki yang tidak putus- putus dan ditambah ilmunya dan As Samii’ 100 x- Allah kabulkan permohonan)
b.     lepas solat subuh baca Ya Aziz 40 x dan Ya Fattah banyak2
c.     Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” 

5.     Solat malam (contohnya Solat Tahajud 8 rakaat, solat Hajat dan solat Witir)
6.     Banyakkan bersedekah
7.     Sentiasa bersyukur, sentiasa berlapang dada tentang rezeki
8.     Banyakkan beristighfar
9.     Berbaik kepada ibu bapa. Contohnya selalu telefon tanya khabar.
10.  Banyakkan berdoa juga mendoakan orang lain. (Jika kita mendoakan yang baik untuk orang lain, insyaallah, doa tersebut akan kembali kepada kita juga)
11.  Berusaha dengan tekun
12.  ** Yaasin di permulaan hari (Insyaallah, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga olah Allah SWT.)
13.  **Amalkan doa-doa utk murah rezeki, contohnya:
a.     Al-Ikhlas
b.     Al-Waqiah
c.     Al-Kauthsar
d.     Al-Fatihah
e.     AL-Mathurat – jangan hanya baca, tengok maknanya sekali. Sangat komprehensif!!!
f.  SURAH AT-TAUBAH ayat 128-129 (Jika dibaca 7 kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat)**




Buku ini turut menekankan konsep ilmu. Ilmu adalah salah satu cabang rezeki dalam ruang lingkup yang sangat luas. Manusia berfikir dan bertindak berdasar kan ilmu yang mereka ada. Dengan ilmu, kerja akan menjadi lebih mudah. Ilmu adalah rezeki luas Allah kurniakan kepada manusia. Adalah sangat rugi jika seseorang itu tidak berebut- rebut untuk menimba ilmu. Dan juga sangat rugi jika seseorang tidak mahu bersusah payah untuk mendapatkan ilmu.

Bak kata pepatah,

“jika tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya”.

Tinggallah mereka di takuk yang mereka rasa selesa atau kata lain “complacent”. Manfaat ilmu yang sangat besar dan berterusan hingga ke akhirat sebagaimana hadis yang berbunyi:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga” (Riwayat Muslim).

Wallahualam

** Di tambah berdasarkan pembacaan dan amalan saya.  Memang banyak nak ditulis especially untuk justify each of the statement, cuma masa tak mengizinkan. Maaf, saya menulis entry ini tanpa buku tersebut kerana dipinjam orang. Jadi mana yang ingat la ye....

Wallahualam dan wasalam.

Sampaikanlah, walau satu ayat. 

Friday, December 28, 2012

All I Have To Do Is Dream




I have a dream
A big dream
Really BIG
Not so in monetary and so forth
That is just apart of it ....
And my dream
that encompassing everything

But still, it is possible
with Allah's willing
In Shaa Allah...

Therefore, Ya Allah...
Show the truth around us
Show the best way for us
Grant us divine guidance
Bestow on us sustenance to follow the best
And Give victory over my efforts with excellent success

Aamiin...





Darul Haris: Kisah Ibu dari 10 Anak Penghafal Al-Quran


Subhanallah....
Darul Haris: Kisah Ibu dari 10 Anak Penghafal Al-Quran: Kisah nyata sebuah keluarga muslim di Indonesia. Keluarga dakwah. Keluarga yang mampu menjadikan 10 orang buah hati...