Kalimatan - The Seal of al-Bukhari
http://www.youtube.com/watch?v=qMVLqtDQSe0&feature=related
Kalimatan habibatan ila ar-Rahman
Khafifatan `ala al-lisan, thaqilatan fi al-mizan
Subhanallahi wa bi hamdih, subhanallahi al-azim
Abu Hurairah reported that the Prophet, peace be upon him, said, "There are two phrases that are light on the tongue but heavy on the scale of rewards and are dear to (Allah) the Gracious One. These are, subhanallah wa bi-hamdihi (All Glory is to Allah and all Praise to Him), and subhanallah al-azim (Glorified is Allah, the Great).'' (Muslim, Bukhari, and Tirmizhi)
Allah Alone is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs for us. RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR...
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
Fatawa: Orang Islam Tidak Boleh Makan Di Restoran Bukan Islam
Mengapa Orang Islam Tidak Boleh Makan Di Restoran Bukan Islam?
Soalan:
Apakah hukumnya bagi orang Islam makan di restoran bukan khas untuk orang Islam seperti di restoran Cina kerana telah banyak perdebatan dan pertanyaan hebat telah berlaku di ruang halaman 'HAVE NO FEAR, HAVE YOUR SAY'. Manakala saya adalah salah seorang yang cuba menghuraikan halal dan haram mengikut seperti apa yang pemah saya dengar melalui ceramah-ceramah di kaca televisyen dan juga di radio namun telah dibidas. Sebaliknya saya dikatakan jealous kerana terdapat ramai pengunjung Islam yang datang bertandang makan di restoran yang menyajikan makanan bukan untuk orang Islam. Ada juga yang memberi respon dengan mengatakan: "Ikut suka hati akulah". Adakah ini yang patut berlaku di Brunei? Saya cuba membuat huraian, memberi teguran, menasihati agar mereka yang selalu makan di restoran bukan untuk orang Islam itu tidak lagi memakan makanan yang syubhah.
Oleh itu, saya ingin meminta pihak Tuan agar dapat menghuraikan secara terperinci mengenai hukum-hukum makan di restoran untuk orang Islam dan makan makanan yang dimasak oleh bukan Islam sekali pun bahan-bahan yang digunakan itu bertanda halal. Selain itu apakah hukum menggunakan pinggan mankuk sudu serta garpu di restoran bukan untuk orang Islam di peralatan tersebut juga digunakan orang bukan Islam dan sebagai yang berlaku di restoran bukan untuk orang Islam agar diterangkan secara terperinci?
Kalau boleh, saya amat berharap agar balasan daripada pihak Tuan dapat saya terima maklum balasnya di e-mail saya. Di sini sa dengan sukacitanya memberi cadangan kepada pihak Tuan agar dapat menerbitkan satu buku mengenai halal dan haram agar tiada pihak yang mengambil ringan akan hal ini terutamanya dari segi pemakanan, peralatan-peralatan yang digunakan serta orang yan menyajikan makanan tersebut. Harap pihak Tuan akan dapat memberi maklum balasnya secepat mungkin.
Jawapan:
الحمد لله الذي فقه فى الدين من أراد ، وجعل الأفهام أرزاقا تقسم بين العباد ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وعلى التابعين لهم إلى يوم المعاد ، أما بعد
Restoran dan kedai-kedai makan bukan Islam di negara kita (Brunei Darussalam), sudah lama dilabel: "Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam". Label ini berunsur pimpinan, irsyad atau pemberitahuan kepada orang-orang Islam, bahawa mereka janganlah makan minum di tempat-tempat berkenaan, namun label itu tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang. Dalam makna yang lain, kalau ada orang Islam makan minum juga di tempat-tempat berkenaan, tidak ada peruntukan undang-undang untuk mengenakan hukuman ke atas mereka.
Tujuan label ini jelas, untuk memandu dan memelihara orang-orang Islam supaya memakan hanya makanan yang halal, bukan yang syubhah, jauh sekali yang haram. Tidak payahlah diperdebatkan, jauh sekali ditengkarkan sesama Islam. Kecuali oleh orang-orang yang keras hati. Tanda keras hati itu apabila seseorang Islam menasihati saudaranya, lalu saudaranya itu berkata: "Aku tidak perlu nasihat ... ", "aku punya suka ... ", "orang lain apa peduli" dan lain¬lain lagi seumpamanya.
Tidak syak lagi sesiapa yang bersikap demikian itu, kerugian akan menimpa dirinya sendiri. Tidakkah kita menyedari ada ungkapan hadits الدين النصيحة ("agama itu ialah nasihat"). Jadi, bukanlah kecil dan remeh nasihat itu.
Siapakah kita yang menolak nasihat itu? Sedangkan seorang khalifah besar, raja orang-orang yang beriman, yang sangat terkenal kerana kealiman dan ketaqwaannya iaitu Khalifah 'Vmar bin Abdul Aziz Radhiallahu 'anhu yang disebut-sebut sebagai mempunyai ramai penasihatnya, di antara mereka itu ialah seorang yang berpangkat 'Penasihat Khas', yang juga bemama 'Umar bin Muhajir. Khalifah 'Umar bin Abdul Aziz ini pemah berpesan kepadanya:
كن دائما بجواري يا عمر ، فإذا رأيتني ضللت الطريق فخذ بتلابيب ثوبى وهزنى بعنف ، وقل لي : اتق الله يا عمر بن عبد العزيز ، فإنك غدا ستموت.
Ertinya: Sentiasalah di sampingku, wahai 'Umar! Apabila engkau mendapatiku menyimpang daripada kebenaran, maka peganglah hujung bajuku dan goncanglah dengan kuat, serta katakan kepadaku: "Takutlah engkau kepada Allah, wahai 'Umar bin Abdul Aziz! Sesungguhnya besok hari engkau akan mati. "
Siapa dia 'Umar bin Abdul Aziz? Pun tara beliau itu, masih sahaja 'berhajat kepada nasihat, betapa pula kita? Inilah dia contoh hati yang bersih, yang lunak, yang putih bercahaya, bukan yang hitam pekat keras membatu.
Dasar larangan memakan sesuatu yang syubhah adalah terang disebut oleh Rasulullah Shallallahu 'l/aihi wasallam dalam sabda Baginda:
إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهيي القلب.
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas (terang) dan di an tara keduanya terdapat perkara-perkara syubhah (yang samar), ia tidak diketahui (hukumnya) oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa yang memelihara (dirinya daripada) segala kesamaran itu, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang melakukan atau membuat perkara syubhah (kesamaran), jatuhlah dia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap¬tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati.
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadits lain juga menyebutkan:
دع ما يربيك إلى ما لا يربيك
(رواه النسائي وغيره)
Maksudnya: Tinggalkanlah perkara-perkara yang membawa ragu¬ragu kepadamu, (dan) ambillah apa-apa yang tidak meragukanmu.
(Hadits riwayat an-Nasa 'i dan lain-lain)
Ada berbagai-bagai sebab mengapa orang-orang Islam dilarang makan makanan yang disediakan di restoran atau kedai makan orang bukan Islam, di antaranya:
1. Adakah daging-daging, seperti kerb au, sapi atau ayam yang disaji atau disediakan itu telah disembelih menurut syara', dalam makna yang lain adakah daging-daging tersebut daging yang halal, diketahui serta diakui oleh pihak berautoriti bahawa daging-daging itu bersumber daripada yang halal?
2. Jika daging-daging itu halal, sebelum dimasak adakah ia telah dibersihkan secara yang semestinya sehingga ia suci bersih, umpamanya daging yang dibersihkan dengan air itu masihkah ia berbaki darah ataupun telah hilang wama darah itu sarna sekali? Pada peringkat ini sahaja pun orang bukan Islam tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, yakni cara membersihkan daging yang berdarah itu. Sedang orang Islam sendiri pun kadang-kadang ada yang membersihkan daging dengan cara mencelup-celup daging atau daging ayam yang bemajis itu ke dalam air seperti air dalam besen atau dalam periuk - lebih-Iebih lagi kalau musim kurang air. Walaupun dengan beberapa kali celup - cara ini tidaklah memadai. Daging tersebut masih tidak suci.
3. Bagaimana pula bahan-bahan campuran yang lain seperti kicap, sos, bahan perasa dan lain-lain adakah terdiri daripada bahan-bahan yang halal?
4. Adakah tempat memasak seperti periuk, kuali, pisau, 'sesaban' (tempat memotong) dan alat-alat lain tidak pemah digunakan untuk perkara-perkara najis seperti babi atau bercampur-campur dengan yang najis?
Bukankah perkara-perkara seperti ini merupakan sesuatu yang syubhah? Apatah lagi kalau ia memang diyakini tidak halal?
Kita orang-orang Islam mesti dan wajib sentiasa beringat, sensitif dan waspada terhadap makanan yang kita makan, lebih-lebih lagi jika makanan itu disedia dan disaji oleh orang bukan Islam, kerana mereka itu tidak mengerti, tidak mengenali dan tidak faham apa itu halal haram dalam Islam. Yang mereka tahu pun hanyalah daging babi yang dilarang untuk orang Islam, sementara yang lain-lain' seperti tempat memasak, pinggan mangkuk, sudu, garpu, hatta barangkali jika daging babi itu dicampur dengan daging lembu atau ayam, maka daging lembu dan ayam itu - bagi mereka – boleh dimakan oleh orang Islam, asal sahaja bukan daging babi saja-saja.
Pemahaman tentang haIal haram adalah memerlukan sukat-suka dengan ilmu syara'. Ia tidak boleh ditentukan melainkan hanya dengan cara ini sahaja. Kerana itulah orang bukan Islam adalah. ditolak dan tidak sah pengakuan atau dakwaan mereka tentang kehalalan sesuatu benda makanan itu. Atau andainya pun betul bersih dan halal, tetapi masih menyangkut juga hukum syubhah• (kesamaran), di mana perkara-perkara syubah itu tetap disurnh untuk dijauhi.
Cuba lihat satu contoh kejadian yang disebut oleh Berita Hanan dalam keluarannya Selasa 19/10/2004 di bawah tajuk: 'Pengusaha Bukan Islam Kurang Faham Isu Halal'. Antara lain ia menyebut: "Kisah sebuah kilang penyembelihan tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Bukit Serdang mencampuradukkan daging ayam dan itik dengan ketulan anak babi siap diproses memang menggemparkan, lebih-lebih lagi apabila ayam dan itik ini yang dibungkus dengan logo 'Halal' dibekalkan kepada penjual di kawasan majoriti Islam, peniaga sate dan pasar raya besar terkemuka di sekitar Lembah Klang."
Inilah pengalaman negara jiran berhubung dengan isu halal yang melibatkan daging. Ia bukanlah sekali ini sahaja. Di negara kita sendiri, juga turnt mempunyai cerita-cerita yang berbagai-bagai mengenai makanan yang dicampur dengan daging babi, ayam dan itik yang dimasukkan tanpa permit dan lain-lain. Tidaklah mustahil ayam dan itik yang dimasukkan tanpa permit itu turnt sampai ke tangan orang-orang Islam selain bukan Islam.
Melarang orang-orang Islam supaya tidak memakan makanan yang disediakan di restoran atau kedai makan bukan Islam itu, selain untuk memelihara orang-orang Islam supaya jangan jatuh kepada haram serta syubhah, juga ialah untuk membimbing mereka agar sarna-sarna berpendirian teguh memelihara asas-asas syariat. Di antara asas-asas tersebut ialah سد الذرائع (menutup segala pintu dan jalan kejahatan atau dosa). Asas ini tidak syak lagi menjadi punca kita memperolehi keselamatan di dalam apa-apa jua perkara, sarna ada perkara dunia ataupun akhirat, tidak terkecuali ibadat kita orang¬orang Islam.
Hubungan Amal Ibadat Dan Makanan
Amal ibadat orang-orang Islam, termasuk doa mereka mempunyai hubungan dan pertalian yang rap at dengan makan dan minum mereka, yakni makanan dan minuman itu hendaklah daripada yang halal, sebagaimana dijelaskan oleh hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن الله تعالى طيب لا يقبل إلا طيبا وإن الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال تعالى : يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى : يأيها الذين آمنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم . ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء : يا رب يا رب. ومطعمه حرام ، ومشربه حرام ، وملبسه حرام وغذي بالحرام فأنى يستجاب له.
(رواه مسلم)
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta 'ala itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik elaka. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang ukmin dengan apa yang Dia perintahkan kepada sekalian rasul.
Lalu Allah Ta 'ala berfirman (seperti yang disebut dalam hadi yang tafsirnya): Wahai sekalian rasul! Makanlah daripada yan baik-baik dan beramallah dengan amal yang salih." Dan Dia berfirman: Wahai sekalian orang yang beriman! Makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepad kamu." Kemudian Dia menyebutkan seorang lelaki yang jau perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukany menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Wahai Tuhan ku Wahai Tuhan ku!" Padahal makanannya haram, dan minumannya haram, dan pakaiannya haram, dan (mulutnya) disuapkan dengan. yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?"
(Hadits riwayat Muslim)
Menurut riwayat yang dikeluarkan oleh ath- Thabarani daripada Ibnu 'Abbas katanya: "Pemah aku membaca di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ayat ini:
يأيها الناس كلوا مما فى الأرض حللا طيبا
(سورة البقرة : 168)
Tafsirnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah barang yang halal lagi baik daripada apa yang ada di bumi.
)Surah al-Baqarah: 168)
Kemudian Sa'ad bin Abu Waqqash bangun seraya berkata: "Ya Rasulullah! Aku mohon kepada Allah supaya aku dijadikan orang yang diperkenankan doanya". Lalu Rasulullah bersabda:
يا سعد ! أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة ، والذي نفس محمد بيده إن العبد ليقذف اللقمة الحرام فى جوفه ما يتقبل الله منه عملا أربعين يوما ، وأيما عبد نبت لحمه من سحت ، فالنار أولى به
(رواه الطبراني)
Maksudnya: Wahai Sa 'ad! Baguskanlah makananmu nescaya engkau (orang yang) diperkenankan permintaan. Dan demi diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) sesuap makanan haram ke perutnya, tidak diterima Allah daripadanya am alan selama empat puluh hari, dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya.
(Hadits riwayat ath-Thabarani)
Difahamkan daripada hadits ini bahawa doa yang diperkenankan itu ialah doa orang yang makan makanan yang halal sahaja. Demikian juga amalannya yang lain-lain.
Ayat dan hadits-hadits di atas rasa-rasanya cukup je1as untuk menerangi jalan kita, maksud saya, telah cukup untuk memberikan kita kefahaman dan panduan tentang betapa mustahaknya mengawal makan dan minum itu sehingga kita tidak terkena yang haram atau syubhah.
Mengenai restoran atau kedai makan yang ditanda "Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam", diharapkan akan dihormati oleh orang¬orang Islam sendiri. Bilamana kita menghormatinya, bermakna kita menghormati diri kita sendiri dan menghormati agama kita yang suci, serta juga bererti kita membawa dan mengajak orang-orang lain itu turnt menghormatinya. Jadi bayangkanlah, manakala kita orang Islam sendiri tidak hormat dan tidak 'ingau' (peduli) terhadap peraturan yang kita buat sendiri, bagaimanakah boleh diharapkan orang lain akan menghormatinya?
Di samping itu pihak-pihak yang berautoriti di dalam kerajaan Islam pula patutlah mengambil langkah-Iangkah munasabah di segi perlaksanaannya, supaya tidaklah ia akan tinggal tanda semata-mata tanpa memberi apa-apa makna, atau lebih malang lagi akan menjadi sendaan belaka.
والله أعلم بالصواب
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004
credit to: http://infad.usim.edu.my

Subscribe to:
Posts (Atom)